Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan sebagai pendahuluan entri pertama blog Pesta Emas & Perak. Sebagai pengenalan saya cerita serba sedikit berkenaan diri saya. Wahhh....dengar macam formal je kan...Kekok skit...takpe, dengan saya tak payah la nak formal...kita langgar je...hehehe
Cukup sekadar anda semua kenal saya dengan nama Fauzi Idris. Sehingga tarikh entri ini ditulis, umur saya 34 tahun dan akan mencapai ke 35 tahun pada hujung tahun ini, Insyaallah. Saya akui saya masih baru dalam bidang pelaburan EMAS dan PERAK.
KENAPA PESTA EMAS & PERAK?
Saya tak pasti samada persoalan ini timbul dalam pemikiran anda semua atau tidak. Tapi takpe, saya bagitau juga la ye..Tiada alasan yang spesifik dalam penggunaan Pesta Emas & Perak. Saya cuma ingin berkongsi pendapat & maklumat berkaitan Emas & Perak, harga jual/beli Emas & Perak. Saya sebagai Normal Dealer produk EMAS & PERAK FIZIKAL PUBLIC GOLD yakin dengan produk EMAS & PERAK yang suatu hari nanti akan menjadi produk yang menjadi rebutan dan mendapat permintaan yang tinggi dari semua orang.
JUAL EMAS & PERAK JE KE?
Tak. Bukan tujuan utama saya hanya untuk menjalankan perniagaan EMAS & PERAK saja. Macam yang saya cakap tadi, saya nak kongsi pendapat & maklumat pasal EMAS & PERAK. Kalau ada yang berminat nak beli EMAS & PERAK FIZIKAL, Alhamdullillah....ada la sikit rezeki tambahan yang Allah bagi untuk saya & keluarga.
FULLTIME JUAL/BELI EMAS & PERAK?
Jawapanya Tak. Saya mempunyai pekerjaan tetap di Kuala Lumpur & saya menjalankan perniagaan atau menjadi DEALER produk PUBLIC GOLD secara sambilan. Tapi saya ada perancangan untuk menjadi peniaga sepenuh masa. Mungkin juga dalam bidang EMAS & PERAK sekiranya diizinkan Allah. Mungkin jugak saya jual kerepek & keropok sepenuh masa....hehehe...masih juga meniaga kan...?...
MACAM MANA NAK CONTACT UNTUK EMAS & PERAK FIZIKAL?
Boleh email saya di pestaemasperak@gmail.com atau call/sms saya di 019-331 1275. Page Facebook PESTA EMAS & PERAK akan saya create tak lama lagi. Insyaallah, kita boleh bincang dengan baik. Kalau nak borak-borak pun boleh jugak, kalau saya ada kelapangan, Insyaallah.....boleh sama-sama belajar, bincang pasal EMAS & PERAK...kalau tak pasal EMAS & PERAK pun boleh...cuma jangan pasal politik la ye....hehehe
NAK BAGITAU SKIT....
Pada saya semua pembeli atau bakal pembeli EMAS & PERAK FIZIKAL daripada saya adalah kawan-kawan saya. Insyaallah boleh jadi sahabat saya....Ada beza tu kawan & sahabat...Saya lebih selesa macam tu, sebab berkawan & bersahabat lebih merapatkan perhubungan & lebih lama. Kalau sebagai pelanggan, lepas beli je, settle...habis macam tu je....kalau pelanggan suka dengan cara saya, Insyaallah pelanggan akan cari saya balik....lepas tu nak borak pun pasal bisnes je...tak best macam tu....Info yang akan saya kongsikan kat Pesta Emas & Perak ni, ada yang saya dapat dari pelbagai sumber. Saya akan maklumkan dari mana sumber tu...
PALING PENTING.
Paling penting, saya nak cakap & nak bagitau saya TAK MENJALANKAN PERNIAGAAN ATAU PELABURAN SKIM CEPAT KAYA. Saya memang tak suka benda-benda macam tu. Lagi satu, saya nak cakap SETIAP PELABURAN ADA RISIKO. Saya nak ingatkan, jangan la terlalu seronok baca & dengar perkara yang 'manis-manis' pasal EMAS & PERAK ni. Setiap keputusan yang anda buat untuk melabur, tak kira la melabur dalam EMAS, PERAK atau apa saja pelaburan, ianya adalah KEPUTUSAN ANDA SENDIRI. Saya tak nak mempengaruhi sesiapa untuk melabur. Memang dalam AL-Quran ada disebut pasal EMAS & PERAK, tapi sebolehnya saya tak nak gunakan hanya sebagai 'penyedap' untuk menjalankan atau promosi pelaburan EMAS & PERAK FIZIKAL. Pada saya, penggunaan Al-Quran sebagai 'penyedap' tu tak betul...Kita kena faham & beriman kepada Al-Quran (Rukun Iman Ke-3)...bukan hanya jadikannya sebagai 'penyedap' untuk dapat untung je....Ok la, saya tak nak sentuh pasal agama banyak-banyak...saya sedar kedudukan saya kat mana....hehehe...
Kita jumpa di entri akan datang....Ops...lupa pulak nak bagitau...saya TAK JUAL EMAS PERHIASAN (barang kemas la tu) ......Saya JUAL/BELI EMAS & PERAK FIZIKAL....hehehe
No comments:
Post a Comment